Beli rumah pertama dari Mega 3 megawan pendapatan sampingan mungkin bukan tugas yang paling mudah tetapi tidak sukar juga. Jika pembeli rumah menyediakan diri dengan ilmu yang betul, mereka dapat mengelakkan banyak masalah semasa hendak beli rumah.

Setiap pembeli rumah juga ingin beli rumah mampu milik dan cuba yang terbaik untuk menjimatkan wang ketika membeli rumah pertama.

Berikut adalah beberapa tips beli rumah pertama yang mampu milik dan juga langkah mudah dan cepat untuk beli rumah.

Kenalpasti Belanjawan Anda Untuk Beli Rumah Pertama

Pembeli rumah juga perlu kenal pasti belanjawan mereka untuk mengetahui berapa banyak yang mereka sanggup berbelanja untuk beli rumah pertama.

Ianya sangat penting untuk menentukan kemampuan kewangan bagi mengelakkan berbelanja dengan berlebihan. Pembeli rumah boleh guna kalkulator loan rumah untuk mengira berapa banyak yang perlu dibayar pada setiap bulan.

Ada juga pelbagai cara kira loan rumah yang lain yang terdapat di internet.

Jika pembeli rumah ingin berjimat ketika membeli hartanah, mereka boleh melakukan pengeluaran KWSP untuk beli rumah atau untuk membayar pinjaman. Sebelum anda melakukan pembelian hartanah, anda boleh mengkaji semula syarat dan cara pengeluaran akaun KWSP untuk pembelian rumah. Proses ini boleh dilakukan jika anda mempunyai wang dalam akaun 2 simpanan KWSP anda.

Duit dalam akaun 2 hanya boleh dikeluarkan untuk sebab tertentu sahaja seperti membeli rumah pertama.

Buat Kajian Mengenai Rumah

Langkah ini merupakan salah satu langkah yang paling penting. Anda tidak mahu tinggal di kawasan kejiranan yang anda tidak suka. Jangan harapkan ejen hartanah atau penjual untuk buat kajian kerana akhirnya anda merupakan pemilik rumah tersebut.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti lokasi rumah dan kejiranan, kemudahan tempatan seperti balai polis, sekolah dan hospital dan juga nilai pasaran rumah.

Pembeli rumah juga dinasihatkan untuk membandingkan harga rumah yang diminta dengan rumah-rumah yang sama di kawasan kejiranan. Akses jalan juga perlu dititikberatkan untuk memastikan kemudahan ketika berulang-alik dari tempat kerja.

Jika pembeli rumah berpuas hati dengan rumah tersebut, mereka boleh menandatangani borang tempahan. Hal ini untuk memastikan proses beli rumah tidak menimbulkan masalah atau pemilik ingin menuntut wang tempahan. 3.18% daripada harga belian perlu dibayar kepada agensi hartanah sebagai pemegang amanah.

Memohon Pinjaman Perumahan Bank

Apabila penjual rumah telah bersetuju dengan tawaran anda, anda kemudian boleh memohon pinjaman perumahan bank. Ada beberapa pinjaman perumahan yang boleh dipertimbangkan oleh pembeli rumah.

Pinjaman perumahan perlu juga mengikut syarat bank dan pembeli rumah boleh membandingkan pelbagai pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh pelbagai bank di Malaysia. Jika pembeli rumah beragama Islam, mereka boleh memohon untuk pinjaman islamik.

Pembeli rumah juga perlu memastikan bahawa mereka tidak melupakan komitmen sendiri seperti pelbagai pinjaman peribadi yang sedia ada. Pembeli rumah juga dinasihatkan untuk menyemak kelayakan mereka terlebih dahulu sebelum buat permohonan.

Jika permohonan pinjaman perumahan ditolak oleh bank, anda perlu mengambil masa untuk menunggu dan membuat permohonan sekali lagi. Anda juga perlu mendapatkan khidmat peguam untuk uruskan perjanjian jual beli, selewat-lewatnya setelah bank meluluskan pinjaman anda.

Ejen hartanah boleh membantu pembeli rumah untuk menyelesaikan dua perkara tersebut.

Tandatangan Perjanjian Jual Beli Rumah

Pembeli rumah perlu memastikan bahawa mereka tandatangan perjanjian jual beli mengikut tempoh yang ditetapkan dalam borang tempahan.

Sebelum perjanjian jual beli ditandatangani, pembeli rumah dinasihatkan untuk meminta peguam menerangkan terma perjanjian dan anggaran masa untuk mereka selesaikan pindah milik.

Proses ini amat penting kerana pembeli rumah dapat mengetahui bilakah mereka boleh berpindah ke rumah baharu.

Setelah perjanjian jual beli ditandatangani, pembeli rumah perlulah bayar baki deposit sebanyak 6.82% berserta yuran guaman.

Tunggu Pindah Milik Selesai

Peguam akan mengendalikan situasi ini dan membantu pembeli rumah untuk buat pindah milik.

Secara amnya, proses pindah milik hartanah mengambil masa sekitar enam sehingga tujuh bulan dari tarikh perjanjian jual beli. Hal ini bergantung pada jenis atau status geran rumah, dan juga sejauh mana rumitnya pindah milik hartanah tersebut.